All About

Good Food



 Assalamua'laikum warahmatullah pada semua adik-adik blogger yang Kak Noor hormati
Dengan izin Allah hari ni dapat lah memasuki ruang yang dah lama sangat tak singgah ni.
Memang dah tebal habuk nya ni kan. tapi dek kekangan masa yang terhad terpaksa akur lah..
Alhamdulillah masih lagi dapat berkongsi sedikit ilmu yang tak seberapa pun ni..
Ya lah bercuti panjang dengan badan yang kurang sihat menjadikan lebih malas untuk mengupdate
Alhamdulillah hari ni mood sudah mari untuk menulis resepi yang simple untuk kudapan di musim yang hanya datang setahun sekali ni..




Biasa nya di musim Tahun Baru China baru timbul Ubi Arrowhead//Ngaku//Sengkuang China ni, kalau tidak memang susah kita nak jumpa, lepas balik bercuti baru ni kaknoor ke supermarket dan terpandangkan Arrowhead ni, terus terlintas nak buat keropok, mungkin jugak masa tu sedang lapar hehe, sikit je pun beli dalam 10 biji sebab memang belum ada mood sangat nak memasak, sekadar nak melepas rasa teringin je..



Untuk yang nak membuat keropok selepas ni boleh lah refer resepi kaknoor di bawah ni ya, memang sedap lah pada yang suka tu sebagai jajan, lagipun ia nya asli kita yang membuatnya kan, takde campur bahan-bahan lain yang kita tau halal haram nya, kali ni kaknoor gaulkan dengan tepung jagung kering tu je pada Arrowhead ni selepas di potong sebab nak kan lebih rangup..

 BAHAN NYA
1 kg ngaku atau arrowhead
sedikit garam, bawang putih dan cili flakes
sedikit kacang goreng dan ikan bilis goreng *optional
minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1. Kupas ngaku, cuci dan tos kan sekejab.
2. Sagat dan gaulkan dengan bawang putih, garam dan cili flakes.
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
4. Tos kan, biarkan sejuk dan gaulkan dengan ikan bilis dan kacang goreng.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.


Pada yang belum merasa, rasa nya ngaku ni lebih manis dari ubi kentang, lebih sedap dan lebih krup krap, menjelang  chinese new year SAHAJA yang timbul buah ubi ngaku ni, kalau ada yang teringin boleh mencari ngaku di pasaraya dan buat sendiri  ya..




Kebetulan dah ada badam dan kacang kuda boleh lah gandingkan dengan kerepek ni, dan kita dapat variasi rasa disini kan..




Sedikit tips :-
Kalau lepas di goreng tu, kita masukkan dalam bekas kedap udara untuk sehari dua, tiba-tiba bila nak makan kerepek kita dah tak serangup macam first time kita goreng, jangan panik pulak, panaskan oven dengan suhu yang sederhana, kalau oven kaknoor, kaknoor set kan 100'C untuk api atas dan bawah, panaskan dalam 10 minit kemudian masukkan lah kerepek ni dalam tray, kemudian masukkan dalam oven 5-7 minit, kemudian keluarkan, IN SHAA ALLAH kerepek ni akan rangup semula dan tak kan lembek lagi IN SHAA ALLAH

 

 Kalau dah makan kerepek ni tak sedar habis sebalang ni, ditambah lagi dengan coklat dan segala macam kat kiri kanan tu mesti dah tak nak makan nasik lagi lepas jajan ni..



Ini lah dia Arrowhead atau Ngaku atau Sengkuang China, macam-macam nama benda ni, tapi rasa nya tetap sama dan semesti nya sedap..

SELAMAT MENCUBA PADA YANG BELUM PERNAH CUBA OK..



ASSALAMUALAIKUM 
Salam jumaat pada semua nya.
ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH dapat lah bersiaran hari ni
RASA NYA resepi hari ni adalah yang terakhir untuk tahun 2017 kot
Tak lama lagi kita dah nak masuk tahun 2018
Umur dah semakin banyak, amalan terasa macam kurang je kan
Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang berpanjangan 
Supaya dapatlah berbuat sedikit amalan yang mana ketinggalan zaman dulu-dulu tu kan...
ALLAHUMMA AAMIIN..




Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi muffin mudah je pun asalkan ada pisang dan nutella
Sebab bahan lain rasa nya memang dah sentiasa ada kat rumah kan!!
Lebihan pisang ni sebenarnya, dah buat cucur pisang cheese segala tapi belum jugak habis nya
Cari punya cari punya cari terjumpa resepi ni kat Pinterest macam senang jugak
Jadi kaknoor try lah dan Alhamdulillah memang sedap..
Boleh lah cuba pada yang suka muffin ok..






BAHANNYA
2cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
4 biji pisang sederhana besar di kisar
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula perang
1 biji telur A
1/4 cawan minyak sayur
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan kacang pecans
Nutella
*kacang pecans kaknoor ganti dengan chocolate chips

CARA NYA
Panaskan oven 350'F atau lebihkurang 160'C atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Dalam mangkok sederhana ayak tepung, baking soda, baking powder dan garam, kacau rata dan ketepikan.
Dalam bekas lain, masukkan pisang, gula putih dan perang,telur, minyak dan esen vanilla, putar perlahan dengan mixer dan kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis campuiran tepung.
Masukkan pecans atau chocolate chips, kacau sehingga sebati.
Sediakan muffin tin, sapukan sedikit planta atau mentega atau boleh jugak gunakan cup kertas.
Sudukan 3/4 saja dalam setiap muffin tins tu..
Kemudian sudukan 1 sudu kecil nutella di atas nya, dan lorek lah dengan menggunakan toothpick.
Buatlah ikut kreativiti sendiri ya nak lorek macamana pun asalkan cantik hehe..
Bakarlah didalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 15-17 minit sehingga bila kita masukkan toothpick ia nya tak melekat dan bersih.
Bila dah masak boleh lah di keluarkan dari oven dan di hidangkan..




Dalam rumah kaknoor ada yang tak suka kekacang jadi terpaksa lah guna chocolate chip sebab nak bagi semua nya dapat makan, tukang masak sebenarnya memang HANTU KACANG tapi kena lah berkorban sesekali kan!!




CLOSE UP sikit nak bagi terliur siapa yang memandang tu hehee
Dan supaya jadi rajin membuat nya hehe..



Memang tak menghampakan rasa muffins ni, lembut dan berchocolate, kalau letakkan kekacang rasa nya memang lebih terangkat lagi ni, suatu hari In Shaa Allah kaknoor nak try yang letak kekacang pulak, ini khusus untuk tukang masak SAHAJA dan siapa saja pencinta KEKACANG..

SELAMAT MENCUBA YA



Assalamua'laikum warahmatullah
Alhamdulillah malam ni bekesempatan berada di ruangan ini
Sebenarnya Masak Tempoyak Petai dah lama masak
Dah habis pun makan dan buang hehee
Cuma masa tak mengizinkan untuk update masa buat tu
Tapi kali ni agak ringkas sebab kak Noor masak tak lengkap sangat macam dalam resepi tu
Kak Noor hanya menggunakan Pucuk Ubi dan Petai sahaja, yang lain tu takde hehe
Tapi masih sedap di gandingkan dengan lebihan nasi biryani tu..





BAHAN NYA
1 ikat pucuk ubi dibersihkan di potong kasar
10 - 15 tangkai pucuk kadok jugak di potong kasar
5 helai pucuk mengkudu yang muda dipotong kasar
2 papan petai di ambil isi
3 - 4 biji terung ulam di hiris kecil
4 helai daun kunyit di hiris kecil
Semua daun-daun tadi di rebus sehingga mendidih dan tos kan.

SEDIKIT TIPS
1.  Daun mengkudu tak boleh banyak sebab bila di rebus mengkudu akan jadi hitam jadi sayur kita tak cantik nanti.

2.  Pucuk labu jika ada boleh jugak di masukkan dalam masak lemak ni, pucuk kadok dan mengkudu kalau takde boleh guna pucuk ubi saja pun ok.

3.  Sebenarnya masak lemak tempoyak pucuk kayu ni memang tak guna bawang tau, jangan terkejut pulak atau cakap kaknoor lupa nak letak ke!!


BAHAN KISAR
20 biji cilipadi *nak lebih atau kurang terpulang selera lah
3 batang serai
1/2 cawan ikan bilis atau agak-agak segenggam
2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
sedikit garam dan gula untuk perasa

CARA NYA
1.  Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan sedikit air dan masaklah sehingga mendidih.
2.  Masukkan santan, semua jenis pucuk, terung, tempoyak, asam keping masak dengan api perlahan.
3.  Selalu kacau biar semua nya masak sama rata dan jangan lupa masukkan petai ya..
4.  Bila sudah mendidih masukkan garam dan sedikit gula, jika perlu tambah air pada yang suka cair.
5.  Jika suka lebih pekat masaklah sehingga kering air dan santan nya tu.
6.  Akhir nya taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
7.  Dah cukup rasa boleh lah di hidangkan dengan nasi putih panas, memang tak nampak mertua lalu ni hahaha..




Resepi asal memang agak banyak menggunakan bahan, tetapi kalau tetiba teringin nak makan tapi bahan tak cukup, hati meronta nak jugak, jadi apa yang ada lah kaknoor masukkan, pandai-pandai kurangkan lah bahan tumbuk nya tu ya..




Kali ni Kak Noor hanya menggunakan pucuk ubi dan petai  sahaja sebab dah nampak macam sedap bila di gandingkan dengan lebihan nasi biryani jugak homemade tau..




Kalau ada yang tak suka petai boleh saja lupakan ya
Just letak pucuk ubi atau daun-daun fav sendiri..
Tapi jangan lupa cilipadi ya baru kick sikit




Ini selera orang veteren lah, orang muda mungkin tak pandang benda macam ni
Orang veteren dah jemu makan ayam daging dan sewaktu dengan nya
Jadi bila makan daun-daun macam ni memang terlebih sedap rasa nya...



Assalamua'laikum warahmatullah untuk yang selalu singgah di blog ni
Jutaan terimakasih kaknoor ucapkan pada mereka yang tak jemu-jemu berkunjung kesini
Alhamdulillah semalam 8 Disember 2017 kaknoor menerima jemputan dari Pusat Belia
Untuk membuat demo masakkan untuk para belia disini.
Alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun mula nya agak gugup dan segan hehe
Al Maklum lah bukan tugas kaknoor bercakap dengan pelajar macam tu
Biasa memasak didapur  tak payah pun bercakap dengan periuk pinggan segala
Ini tetiba kena suruh  bercakap memang lah agak segan kan..
Tapi dengan sokongan anak-anak Alhamdulillah semuanya beres..
Biarlah gambar di bawah ni menceritakan segala nya ya..


Tukang masak yang sedang gugup tu membaca resepi karipap


Tak senang berdiri duduk lagi makcik tu hehee
Ni sebelum sessi demo sementara menunggu peserta semua hadir

Anakanda yang bertudung putih tu yang mempelawa kaknoor untuk membuat demo ni, terimakasih Fizah sekurangnya aunty ada pengalaman sikit, sorry segala kekurangan aunty ok..


 Terimakasih untuk anakanda Maisarah yang menemani mama semasam sessi demo tu
kalau tak segan jugak kan sorang-sorang kat depan tu..


 Sedang tekun membuat doh karipap makcik tu..









 Anakanda kaknoor yang datang memberi sokongan moral hehee


 Perserta turut sama menggulung dan menggelak karipap


 Anak-anak belia yang bersemangat sekali membuat karipap pusing, tapi normal lah kalau pertama kali mencuba karipap kurang cantik, IN Shaa Allah kalau selalu praktis pasti menjadi, jangan putus asa ya anak-anak aunty semua..




Alhamdulillah 2 biji ni je yang kaknoor buat, yang lain semua nya anak-anak belia yang buat, Alhamdulillah ada yang boleh tahan jugak menjadi nya, dan ada jugak yang sebalik nya, tapi takpe first time kan, mana ada orang belajar sekali terus pandai kan!!!


Setiap peserta akan dapat salinan resepi Karipap Pusing Kak Noor


 Alhamdulillah tiga kumpulan terbaik membuat karipap yang cantik dan kemas akan mendapat buku Resepi Blogger kaknoor, tapi yang tak dapat tu boleh je beli Popular di Malaysia ya, samaada di Miri ke KL ke atau dimana saja kedai Popular In Shaa Allah ada buku tu ok..


 Macam perempuan je bertekun tekun ni kan...


 Apa pun tahniah yang telah berjaya ya, yang tak berjaya cuba lagi mana tau next time kena panggil demo lagi Practice Makes Perfect kan, cuba dan cuba lagi..


Alhamdulillah sessi bergambar ramai dengan para peserta dan AJK Pusat Belia
Maaf segala kekurangan aunty ok,..
Sesungguhnya yang nama nya Insan tu memang tidak pernah sempurna kecuali 
ALLAH YANG MAHA ESA

Assalamua'laikum warahmatullah
Selamat pagi pada semua yang masih setia dengan blog ni
Semoga kita semua didalam keadaan sihat walafiat dalam menjalankan aktiviti harian
Alhamdulillah di pagi isnin ni ada sedikit ruang untuk mengupdate blog yang dua tiga hari sepi
Kekadang masa sangat mencemburui untuk masuk kesini
Banyak yang lebih meminta perhatian, biasa lah jadi menteri macam-macam hehee..

Pada yang dah ada pisang tu boleh lah try Pisang Cheese bersama Sos Karamel memang terlajak sedap, semua rasa ada kat sini, tak percaya boleh cuba sendiri..




Untuk resepi pisang goreng nya.

1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
sedikit kunyit
2 sudu besar minyak panas/mentega/planta
secukup nya air sejuk agak-agak pekat lah utk salutkan pisang tu
Cheddar Cheese untuk di taburkan di atas pisang

Cara nya

Gaulkan je semua nya,  akhir sekali letakkan minyak panas yang telah stanbye utk kita goreng pisang tu, sebelum masukkan pisang, letakkan sikit minyak dalam bancuhan tepung untuk merangupkan lagi gorengan kita. Gorenglah pisang yang telah di hiris nipis, salutkan pada tepung sehingga kekuningan dan tos kan.

Untuk menghidangkan nya, susunlah goreng pisang tadi didalam pinggan, sudukan sos karamel keseluruh pisang, taburkan cheese yang telah di parut, goreng pisang cheese dah boleh di nikmati
Bismillah..




Untuk merangupkan lagi pisang tu, jangan potong tebal pisang tau!!
Mesti agak nipis, kaknoor kalau pisang yang sederhana besar tu akan di belah 3-4 
Memang agak susah untuk kita salutkan tepung bila nipis tapi hasil nya terbaik..




Sangat sedap dimakan ketika masih panas atau suam-suam kuku tu, tak sedar beberapa keping pisang dah hilang

Resepi Sos Karamel ni kaknoor ambik dari Pinterest, memang best kalau kita ke Pinterest disamping gambar nya yang menarik, resepi kat sana memang banyak yang best dan selalu teruja nak mencuba, Alhamdulillah bila dah cuba sangat menepati citarasa..




Bahan Sos Karamel
1/4 cawan air
1 cawan (200gms) gula putih
2/3 cawan( 160 gms ) heavy cream
3 sudu besar butter ( 45 gms )
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh garam 

Cara nya
Masukkan air dan gula dalam periuk dengan api yang sederhana
Kacau rata sehingga gula larut dan berbuih
Dengan api dapur yang kuat kacau perlahan adunan gula sehingga bertukar warna
Bila dah berwarna kekuningan/keemasan tutup api dan alihkan periuk
Masukkan heavy cream kacau rata, kemudian butter, vanilla dan garam
Kacau sehingga adunan menjadi sebati dan sejukkan
Masukkan dalam bekas yang sesuai dan letakkan dalam petiais
Adunan akan menjadi lebih pekat bila kita keluarkan dari petiais




Sos Karamel ni memang tahan lama kalau kita letakkan dalam petiais, cuma akan jadi bertambah pekat bila lama-lama dalam petiais, tapi jika nak guna hanya masukkan dalam microwave dalam seminit dah cair semula, atau kalau takde microwave boleh biarkan di suhu bilik 30 minit, sos ni akan cair dan mudah di gunakan..

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA ADIK-ADIK KAKNOOR YA..



Assalamua'laikum Warahmatullah
Sedang ada mood mengupdate blog ni, jangan mengumpat tau!!
Kalau dah takde mood sampai berhari hari sunyi sepi
Setiap hari memang sibuk pun tapi ada kala nya ALLAH bagi kelapangan untuk bersantai disini.
Jadi terima lah kan peluang yang di berikan
ALHAMDULILLAH

JOM SEMAK RESEPI HARI NI




BAHAN NYA
Daging salai secukup nya
4-5 biji cilipadi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai di ketuk
Secekak daun Kemangi
1 keping asam
1 cawan santan sederhana pekat
Sedikit air putih
Garam dan sedikit gula perang secukupnya

Atas nasihat seorang anakanda kaknoor, kaknoor cuba untuk tidak menggunakan gula putih dalam setiap masakan, sekarang dah beralih ke gula perang demi untuk menjaga kesihatan, kadang tu kaknoor guna gula melaka jugak kalau kehabisan gula perang, janji tidak bergantung sangat dengan gula putih, gula putih hanya di gunakan untuk membuat kueh saja, itu pun agak limited lah kalau dapat di kurangkan gula sebab memang umum pun dah tau kalau kita terlalu banyak makan yang manis manis ni akan terimalah banyak risiko penyakit yang sebenarnya akan kita tanggung se umur hidup kita, jadi cegahlah sebelum parah kan...

CARA NYA
1.  Tumbuk cilipadi dan kunyit bersama sehingga halus, boleh jugak di mesin atau dikisar
2.  Dalam periuk masukkan sedikit air, bahan tumbuk dan asam keping, masaklah sehingga mendidih
3.  Dah mendidih baru masukkan serai, daging salai dan santan, gunakan api yang sederhana ya.
4.  Tujuan supaya santan tak mudah pecah, dan mesti selalu kacau ok.
5.  Akhir sekali masukkan garam, gula dan daun kemangi, kacau rata dah cukup rasa tutup api.
6.  Daun kemangi tu tak perlu sangat lama lama nanti hilang hijau nya.
7.  Kalau masakkan yang di letakkan daun kemangi ni aduhh memang wangi sedapur tau!!

Lepas tu boleh lah di hidangkan bersama nasi putih.  Sebenarnya daun kemangi ni bukan saja wangi tapi sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita, jom semak info di bawah ni.




KHASIAT DAUN KEMANGI
Penggunaan daun kemangi ini ada yang makan segar daripada pucuk muda atau dikisar dijadikan jus minuman atau di proses dengan mengekstrak untuk dikutip minyak (terutama dari bahagian biji). Ramai masyarakat di Indonesia, Thailand, Laos, Filipina dn Vietnam memakan pucuk daun kemangi sebagai ulam atau sebagai ramuan dalam masakan harian. Pucuk muda juga sedap untuk dibuat kerabu, masak dengan ikan dan sebagainya. Kesannya daun kemangi dapat menghilagkan bau mulut, meningkatkan peredaran darah, mengilangkan kembung perut pada kanak-kanak dan banyak khasiat lagi. Kaedah paling mujarab menggunakan daun kemangi adalah dengan mengisar (blender) daun kemangi dengan air dan diminum. kaedah ini membantu masaalah sakit perut, musnahkan cacing dalam perut, menguatkan buah pinggang dan mengelakkan gigitan nyamuk.
Kajian saintis menujukkan yang minyak ekstrak dari kemangi adalah sangat benililai tinggi di pasaran antarabangsa. Walau pun kandungan minyak dari biji sangat sedikit dan harganya sangat mahal tetapi khasiatnya adalah sangat baik. Kualiti minyak sangat baik sehingga mampu bertahan aromanya melebihi satu minggu iaitu satu jangkamasa yang sangat tahan lama. Aroma minyak ini sangat berguna untuk menghilangkan pening kepala, menyembuhkan muntah-muntah, migrain, kekejangan otot dan yangpaling berguna adalah untuk kegunaan lelaki. kajian klinikal menunjukkan pengguna minyak dan khasiat daun kemangi akan meningkatkan kecergasan sperma lelaki dan meningkatkan lobido.
Kak Noor dapat info ni dari blog di bawah, boleh rujuk pada yang berminat, banyak lagi khasiat herba herba lain di blog ni


Dirumah kaknoor memang banyak sangat tanam Kemangi ni, kadang tu sampai dah tak termakan.
Pada orang Bruneian yang teringin nak tanam atau nak makan Kemangi tapi takde jual boleh lah kerumah, kaknoor bagi free je..



Kalau umur dah veteren macam penulis ni hehee suka sangat kalau masak lemak macam ni, takde lauk lain pun ok je, just nasi putih dan masak lemak ni, memang dah tak nampak telinga dah bila dapat makan kan...



Assalamua'laikum warahmatullah
Alhamdulillah berkesempatan malam ni untuk menulis sepatah dua..
Resepi agak lama tak buat, duluuuu dah buat tapi versi goreng
Kali ni kaknoor masak versi sihat sikit guna Air Fryer
Kalau takde Air Fryer boleh kita panggang dalam oven pun ok
Boleh jugak guna Pemanggang Ajaib ke!!!



Ada sedikit ubaisuai kali ni, dulu masa cuci ayam kaknoor cuci dengan lemon tapi di cuci lagi selepas tu, tapi kali ni lepas dah bersih ayam kaknoor perap bersama lemon tu agak lama sebab nak kan rasa nya yang agak masam-masam wangi tu..



Antara bahan yang kaknoor guna kan parutan halia, bawang putih, cilipadi dan bawang besar.


BAHAN NYA
4 bahagian paha ayam
1 biji lemon di parut ambil kulit nya
Lemon yang sama di hiris nipis untuk perap ayam
1 biji bawang besar di potong baji
2 biji bawang putih di parut
1 inci halia di parut
Sedikit serbuk lada hitam
Beberapa biji cilipadi *optional tak nak letak pun ok
2 sudu lemon jus
1 kiub ayam dan sedikit gula untuk perasa
Sedikit tepung gandum
Sedikit planta untuk menumis

CARA NYA
1.  Ayam yang telah di bersihkan di perapkan dengan sedikit garam, lada hitam dan hirisan lemon
2.  Peraplah lebihkurang 10-15 minit kemudian masukkan dalam air fryer atau nak panggang pun ok.
3.  Panaskan planta dalam kuali dan tumislah bawang putih dan halia sehingga wangi.
4.  Masukkan bancuhan tepung gandum, lemon jus, kiub, cilipadi dan bawang besar.
5.  Kalau agak pekat masukkan sedikit air atau banyak keperluan lah.
6.  Kaknoor suka letak sedikit gula perang untuk menambah rasa sedap, tapi kalau tak suka abaikan.
7.  Bila kuah nya secukup rasa tutup api dan angkat.
8.  Ayam yang telah di fryer atau di panggang tadi di letakkan dalam pinggan yang sesuai.
9. Kemudian tuangkan lah sos lemon tadi.
    Bolehlah di nikmati bersama nasi putih atau nasi tumis yang lain..




Lebihkurang 15 minit dalam Fryer begini lah jadi nya, cantik kan..



Dah siap panggang tak boleh makan dulu kena sessi photo dulu hehe




Masak apa pun mesti nak letak cili padi tak sah lah kalau tak letak cili 
Hantu cili lah kata kan haha...




 Kalau masak macam ni, anak-anak lebih suka meratah ayam, itu lah sebab nya kaknoor guna bahagian paha macam ni, kalau guna ayam sekor memang bahagian dada ayam takde yang sentuh sebab tak suka terlampau banyak isi nya, pelik kan suka bahagian yang bertulang lah pulak..
Apa pun selera ni dah tak boleh nak cakap apa kan..
Masing masing tak dapat di paksa - paksa suruh suka itu ini kan....

SELAMAT MENCUBA PADA YANG MINAT DAN HOBI MEMASAK TU



Previous PostOlder Posts Home